FILEM KL GANGSTER 2 Kini di Pawagam
Selepas berjaya meraih jumlah keuntungan melebihi RM10 juta melalui filem sulung KL Gangster dua tahun lalu, Skop Productions dilihat cuba mengulangi kejayaan itu dengan menghasilkan KL Gangster 2.
Melalui trailer yang dikongsikan oleh Syamsul Yusof di laman YouTube, dapat dilihat filem sekuel ini telah diperhebatkan lagi dengan aksi dan props yang baru.
Rasanya tidak keterlaluan jika kami katakan adegan berlawan di dalam KL Gangster 2 menyerupai filem antarabangsa seperti siri The Fast and Furious dan kebanyakan filem aksi yang lain.
Jika sebelum ini KL Gangster cuma dibarisi oleh Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Adi Putra, Zizan Razak, Soffi Jikan, Adam Corrie dan Ridzuan Hashim, namun KL Gangster 2 menampilkan Rosyam Nor sebagai salah seorang gangster yang digeruni.
Respon yang diterima daripada peminat selepas menonton trailer itu juga cukup memberangsangkan. Malah ada yang sanggup berjanji tidak akan memuat turun filem ini secara haram sebaliknya mahu menonton di pawagam apabila ia ditayangkan nanti.
Kalau anda peminat filem aksi, jangan lupa nantikan kemunculan gangster-gangster Kuala Lumpur ini di pawagam berhampiran anda pada 3 Oktober 2013. Sementara itu, jom tonton trailer KL Gangster 2 di bawah dulu untuk membangkitkan keterujaan anda. Selamat menonton!
